
SEREMBAN: Mayat seorang lelaki warga asing ditemui dengan kesan tikaman di Taman Angsamas, Mambau dekat sini, hari ini.
Mayat dilaporkan ditemui di tepi longkang kira-kira jam 8 pagi dengan kesan tikaman di bahagian perut mangsa.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamarudin, berkata siasatan awal mendapati mangsa dibunuh, berdasarkan penemuan dua sarung parang di lokasi kejadian.
Bagaimanapun belum dapat disahkan, sama ada parang digunakan untuk membunuh mangsa.
"Polis percaya mangsa dibunuh dalam tempoh 24 jam berdasarkan keadaan kecederaan di bahagian badannya. Polis tidak menolak kemungkinan mangsa diserang lebih daripada seorang sebelum dibunuh," katanya.
Identiti mangsa belum dapat dikenal pasti.
kredit : Bharian.com.my
Info Gallery - Adakah kerana sikap segelintir rakyat kita yang mempermainkan dan memperkecilkan kuasa polis yang menyebabkan segelintir yang lain menjadi lebih berani untuk melakukan jenayah?
