05 Mac 2012

Budak maut dihempap pagar datuk


JERTIH: Seorang budak lelaki berusia tiga tahun maut dihempap pintu pagar besi ketika bermain di rumah datuknya di Kampung Tok Saboh, Kuala Besut, pagi kelmarin.

Dalam kejadian jam 10 pagi itu, Muhammad Aqif Najwan Majuki (gambar), bermain bersendirian dengan berpaut sambil menolak dan menyorong pintu pagar besi itu.
Muhammad Aqif Najwan dari Kampung Pengkalan Nyireh, ditinggalkan ibu bapa untuk dijaga datuknya Mat Seman Pak Adek, 67, seorang pesara, ketika mereka bekerja.
Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria, berkata Mat Seman berada tidak jauh dari pintu pagar berkenaan ketika kejadian.

"Sebaik melihat pintu pagar itu terbalik dan menimpa cucunya, Mat Seman, berkejar mendapatkan cucunya yang berlumuran darah dan menghantarnya ke Hospital Besut (HB), di sini," katanya.

Bagaimanapun, Muhammad Aqif Najwan disahkan meninggal dunia sebaik tiba di hospital akibat kecederaan parah di kepala dan pipi kirinya.

kredit : Bharian.com.my

Info Gallery - Salah siapa?Lakukan rutin harian membersihkan dan memeriksa rumah untuk mengelakkan berlaku kejadian buruk
 

© 2010 - 2011 | Created by Info Gallery - Stories of The Worlds
Memaparkan pelbagai informasi terkini daripada sumber rencana terpilih dari dalam dan luar negara.
Kosmo Online | mStar Online | Utusan Malaysia Online | Berita Harian Online | myMetro
This work by Info Gallery is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 Unported License.