
KUANTAN - Seorang lelaki maut manakala isterinya parah selepas kereta yang dinaiki mereka terbabit dalam nahas jalan raya di Kilometer 23 Jalan Lipis-Merapoh, dekat Kuala Lipis malam tadi.
Dalam kejadian 7.30 malam itu, kereta yang dipandu mangsa, Azizan Yajid, 40, dalam perjalanan dari arah Kuala Lipis ke Merapoh.
Menurut Pegawai Penguatkuasa Tadbir/Trafik Negeri Pahang ASP Zainalabidin Othman, mangsa mati di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala, manakala isterinya, 30an (nama belum diketahui) cedera parah dan kini dirawat di Hospital Lipis.
"Tiba di lokasi kejadian, mangsa dipercayai cuba memotong sebuah kenderaan namun gagal dan bertembung dengan sebuah kereta dari arah bertentangan," katanya di sini hari ini.
Beliau berkata pemandu sebuah lagi kereta terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan.
kredit : sinarharian.com.my
Info Gallery - Pandu cermat,jiwa selamat
