23 Februari 2012

Bekas pengarah didenda, masuk cek syarikat ke akun peribadi


KUALA LUMPUR - Seorang bekas pengarah sebuah syarikat pembekal senjata api hari ini didenda RM12,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas mengaku bersalah kerana memasukkan cek milik syarikat berjumlah RM160,000 ke dalam akaun persendiriannya, dua tahun lepas.

Hakim Hasbi Hasan turut memerintahkan Noorhamizam Hamid dipenjara lima bulan sekiranya gagal membayar denda tersebut.

Bagaimanapun, tertuduh membayar denda berkenaan.

Noorhamizam, 34, yang merupakan bekas pengarah syarikat Rebana Emas Sdn Bhd., didakwa memasukkan cek tersebut ke dalam akaun persendiriannya tanpa pengetahuan dan kebenaran ahli lembaga pengarah syarikat berkenaan.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Bank CIMB, Universiti Putra Malaysia, Tingkat Bawah, Blok B, Bahagian Pusat Pelajar Universiti Putra Malaysia, Serdang, pada 4 Oktober 2010.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 132(1) Akta Syarikat 1965 (Akta 125) yang boleh dihukum Seksyen 132(3)(b) akta yang sama, yang memperuntukkan hukuman penjara lima tahun atau denda maksimum RM30,000.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Fadilah Abdul Wahab manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

kredit : sinarharian.com.my

Info Gallery - Ambil rm 160 ribu,kena denda rm 12 ribu jer??
 

© 2010 - 2011 | Created by Info Gallery - Stories of The Worlds
Memaparkan pelbagai informasi terkini daripada sumber rencana terpilih dari dalam dan luar negara.
Kosmo Online | mStar Online | Utusan Malaysia Online | Berita Harian Online | myMetro
This work by Info Gallery is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 Unported License.