31 Disember 2011

Rozita tak kisah dikait ‘pucuk muda’

Rozita tak kisah dikait ‘pucuk muda’
KOTA BHARU: Pelakon jelita, Rozita Che Wan, 38, tidak kisah dengan tanggapan dia gemar memilih ‘pucuk muda’ sebagai teman selepas dikaitkan dengan dua artis muda, Ahmad Shahir Zawawi, 23 (Shahir AF8) dan Zain Saidin, 27.

Menurutnya, dia tidak bimbang dengan tanggapan itu kerana ia lebih baik daripada ‘dilabel’ sebagai perampas suami orang.

“Daripada orang pandang saya cari laki orang,” kata Rozita yang ketawa sebaik ditanya mengenai dirinya yang sering dikaitkan dengan artis muda.

Rozita berkata demikian ketika ditemui pada program siri jelajah ketiga sempena Kempen Kata-Kata Emas Safi Rania Gold di pasar raya besar Mydin, Kubang Kerian, dekat sini, semalam.

Turut hadir selebriti terkenal, Linda Onn.

Ketika ini hubungan Rozita dengan Shahir tidak lagi hangat diperkatakan, namun yang terbaru, Rozita dilaporkan bercuti di Genting Highlands bersama dua anaknya dan turut disertai Zain.

Rozita ketika ditanya mengenai hubungannya dengan Zain bagaimanapun enggan mengulas.

“Tiada komen,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Rozita mengakui belum menukar imejnya walaupun dilihat bertudung pada program berkenaan.

“Insya-Allah, (akan bertudung), saya rasa semua orang nak ke arah itu (bertudung),” katanya.

Sementara itu, Pengurus Kumpulan Produk Safi, Mahsuri Sulaiman berkata, pihaknya tidak menyangka program mendapat sambutan menggalakkan daripada pelanggan di negeri ini.

“Selepas kejayaan kempen pertama di Plaza Angsana di Johor, nampaknya kempen kedua di negeri ini turut mendapat sambutan di luar dugaan, malah pasar raya ini mencatatkan jualan tertinggi membabitkan gerai jualan di negeri ini.

“Selain itu, kita memberi peluang kepada Rozita berkongsi pengalaman menggunakan produk Safi Rania Gold dengan pengguna sekali gus kempen bersama pelakon berkenaan sebagai penghargaan syarikat kepada pengguna setia,” katanya.

kredit : hmetro.com.my

Info Gallery - Gosip biasa bagi seorang artis.

30 Disember 2011

Remaja 19 Tahun Di Pukul Dan Dipaksa Melacur

Remaja Berusia 19 Tahun Di Pukul Dan Dipaksa Melacur
gambar hiasan

SEORANG gadis berusia 19 tahun telah melalui pengalaman buruk akibat dijerat seorang wanita kononnya untuk menawarkan peluang pekerjaan di Melaka. Remaja itu yang berasal dari Sungai Semun, Perak dikurung, dipukul dan dipaksa untuk mengadakan hubungan seks dengan beberapa lelaki yang dibawa oleh orang yang mengurungnya.

Remaja itu bernasib baik kerana telah diselamatkan dalam serbuan polis di sebuah hotel bajet di Taman Melaka Raya di sini.

Remaja itu yang namanya tidak disiarkan memberitahu polis yang dia telah disebat dengan kabel televisyen beberapa kali dan gambar bogelnya diambil setiap kali dia mandi di rumah seorang wanita berusia 20 tahun.

Salah seorang lelaki yang menangkapnya mengancam untuk memuat naik gambar-gambar bogelnya di YouTube jika dia tidak mahu menurut kemahuan lelaki itu untuk memancing pelanggan.

Menurut laporan polis itu, mangsa mendakwa bahawa dia dipaksa memberi khidmat seks kepada ramai pelanggan walaupun mengadu keletihan.

Pasukan polis telah menyerbu hotel itu dan menahan tiga wanita sebelum menyelamatkan mangsa.

Dalam operasi susulan, polis menangkap seorang lelaki berusia 21 tahun di Klebang dekat sini dan merampas beberapa barang-barang kepunyaan mangsa dan wang bernilai RM450 dalam bentuk wang tunai.

Siasatan mendedahkan bahawa mangsa telah dipujuk untuk datang ke Melaka oleh seorang wanita, yang dikenali sebagai Nabsiah, dengan janji bahawa dia akan ditawarkan bekerja di restoran makanan segera di sini.

Walau bagaimanapun, ketika dia sampai, dia telah dibawa dan dikurung di sebuah rumah oleh Nabsiah dan kawan-kawannya dan diberitahu bahawa dia perlu "melayan" beberapa senarai pelanggan.

Datuk K. Basil, yang mengetuai pasukan petugas kerajaan negeri menyatakan bahawa Ketua Polis Negeri Melaka, Senior Asst Comm Datuk Chuah Ghee Lye telah mengarahkan serbuan itu.

SAP Datuk Chuah menyatakan kebimbangannya dengan laporan terdahulu mengenai seorang wanita dari Melaka yang telah didakwa menjebak remaja perempuan yang melarikan diri dari rumah dan memelihara mereka di sini sebelum memaksa mereka melacur.

Datuk Basil berkata:" pasukan petugas itu, yang ditubuhkan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam, akan bekerjasama rapat dengan polis dan pihak berkuasa tempatan untuk menghapuskan pelacuran di negeri ini.

Mereka yang ditahan akan didakwa di bawah Akta Pemerdagangan Anti-Manusia 2007.

kredit : thestar

Info Gallery - Harap pihak berkuasa lebihkan operasi banteras pelacuran.

Kemaruk rakam aksi remaja mandi

Kemaruk rakam aksi remaja mandi

NEW JERSEY: Seorang pendidik didakwa menggunakan kamera litar tertutup untuk merakam aksi pelajar lelaki mandi di sekolah tinggi Katolik selama tiga tahun.

Patrick J Lott yang ditahan minggu lalu, didakwa melakukan kesalahan itu di tempat mandi pelajar di Sekolah Tinggi Immaculata di Sommervile sejak Januari 2008.

Dia tidak membuat rayuan.

Pejabat Pendakwa Raya berkata, kira-kira 22 mangsa dan sembilan pelajar lelaki yang dikenal pasti dalam rakaman video itu masih di bawah 16 tahun.

Untuk melindungi identiti semua mangsa, mereka hanya dikenali melalui abjad nama awal dalam fail mahkamah.

Lott, 54, adalah pembantu pengetua di sebuah sekolah menengah awam yang lain dan menjadi sukarelawan di sekolah tinggi Katolik itu.

kredit : hmetro.com.my

Info Gallery - Macam-macam jenis manusia yang wujud atas muka bumi ni.

Guru di AS Dipecat Kerana Bermain Cinta di Facebook

Guru di AS Dipecat Kerana Bermain Cinta di Facebook
Chadwin Reynolds

NEW YORK - Sekurang-kurangnya tiga orang guru di sekolah tinggi awam di New York telah dipecat dalam tempoh tiga bulan kebelakangan ini kerana mempunyai hubungan kurang sesuai dengan pelajar menerusi laman sosial Facebook, lapor sebuah akhbar semalam.

Salah seorang daripada mereka ialah bekas guru seni di sekolah tinggi Fordham di Bronx, Chadwin Reynolds, 37, yang 'berkawan' dengan ramai pelajar perempuan.

Menurut akhbar New York Post, dia pernah menulis komen-komen berbaur seks di bawah beberapa gambar di Facebook.

Menurut satu suruhanjaya siasatan khas sekolah-sekolah di New York, Reynolds juga didakwa cuba memujuk seorang remaja agar keluar bersamanya dengan cara mendapatkan nombor telefon, menghantar bunga, gula-gula dan patung beruang.

Dia bagaimanapun menegaskan bahawa kesnya ditutup setelah Jabatan Pendidikan (DOE) mendapati dakwaan-dakwaan ke atasnya adalah tidak sah.

Namun, DOE mengesahkan Reynolds dipecat kerana skandal tersebut. Seorang bekas pekerja DOE, Laurie Hirsch pula dipecat pada Mei lalu kerana menjalin hubungan dengan seorang pelajar lelaki berusia 18 tahun.

Dia meletakkan gambarnya bercium dengan pelajar terbabit yang menyebabkan siasatan dilakukan. Pelajar itu memberitahu dia telah melakukan hubungan seks sebanyak 10 kali di pangsapuri Hirsch pada tahun lalu. Rekod menunjukkan terdapat 2,700 panggilan telefon dibuat dalam tempoh enam bulan.

Seorang guru lelaki gantian di Manhattan, Stephen D'Andrilli juga didapati 'berkawan' dengan beberapa pelajar perempuan di Akademi Essex Street dan menghantar mesej-mesej yang tidak sepatutnya.

D'Andrilli pernah menghantar mesej kepada seorang pelajarnya bahawa teman lelakinya itu tidak berhak memiliki perempuan yang secantiknya.

Sementara itu, seorang guru di sekolah tinggi La Guardia dikatakan memberi markah lebih kepada pelajar yang 'berkawan' dengannya di Facebook. Dia bagaimanapun tidak dikenakan tindakan.

Info Gallery - Gunakan FB untuk kebaikan yer.

Calon Presiden sokong gay

Calon Presiden sokong gay
Gary Johnson

NEW MEXICO: Bekas Gabenor New Mexico, Gary Johnson, mengumumkan semalam, dia akan bertanding jawatan presiden di bawah parti Libertarian, tahun depan.

Dia satu-satunya calon presiden dalam undi di semua 50 negeri yang menyokong perkahwinan sejenis dibenarkan.

Leftenan Dan Choi yang dibuang dari tentera di bawah polisi “Jangan Tanya, Jangan Beritahu,” berkata, dia menerima calon dan tidak menyokong mana-mana parti, tapi kini menyanjung tinggi Johnson dan menjangkakan dia akan jadi presiden yang hebat.

Choi yang pernah berkata dia tidak akan menyokong Obama lagi, menganggap Johnson, “Seorang patriot, hero, pejuang dan seorang sahabat.

“Saya menghormatinya dan berharap dia berjaya dalam kempennya.” katanya.

Pengarah Eksekutif GOProud, Jimmy La Salvia berkata, pengundi gay mungkin akan mengundi Jonhson.

kredit : hmetro.com.my

Info Gallery - Jangan sokong!

Paderi bergaduh semasa menyapu

Paderi-paderi Armenia dan Greece Ortodoks bergaduh di Gereja Nativiti di Baitulaham, Palestin kelmarin.
Paderi-paderi Armenia dan Greece Ortodoks bergaduh
di Gereja Nativiti di Baitulaham, Palestin kelmarin.

BAITULAHAM - Sejumlah paderi bergaduh semasa membersihkan dengan penyapu lantai gereja Nativiti yang dipercayai tempat kelahiran Nabi Isa di sini, Tebing Barat kelmarin, kata beberapa saksi dan polis Palestin.

Pergaduhan itu melibatkan kumpulan paderi dari Armenia dan Greece Ortodoks.

Tiada laporan mengenai kecederaan berlaku dalam pergaduhan itu.

Pergaduhan itu berlaku selepas beberapa paderi menyapu di kawasan yang dikhaskan untuk kumpulan paderi lain.

Polis Palestin campur tangan bagi menamatkan pergaduhan itu.

kredit : kosmo.com.my

Info Gallery - Sapu tempat orang lain pun nak gaduh?

Rantai 2 anak di tandas

KEJAM...dua beradik dirantai di dalam tandas rumah mereka.
KEJAM...dua beradik dirantai di dalam tandas rumah mereka.

BUTTERWORTH: Hanya kerana dua anaknya dikatakan nakal dan tiada orang menjaga mereka, seorang bapa bertindak kejam apabila mengurung kedua-dua kanak-kanak itu di dalam tandas dalam keadaan kaki mereka dirantai di sebuah rumah di Taman Mawar, Raja Uda dekat sini, kelmarin.

Mujur penderitaan dua beradik, lelaki berusia dua tahun dan perempuan enam tahun, tidak lama apabila jeritan meminta tolong mereka disedari jiran sebelum kedua-duanya diselamatkan pada jam 8 malam selepas kira-kira lima jam dikurung.

Difahamkan, bapa mereka yang berusia 40-an, keluar bekerja pada jam 3 petang, namun sebelum meninggalkan rumah dia mengurung dua beradik itu di dalam tandas rumah mereka yang kotor serta busuk, malah kaki kanak-kanak itu turut diikat menggunakan rantai besi.

Disebabkan lapar, kesakitan serta tidak tahan dengan persekitaran yang kurang selesa selepas lima jam dikurung, dua beradik itu menjerit meminta tolong dan bernasib baik apabila jeritan mereka didengari jiran.

Jiran kemudian memanjat tangga dan mengintai melalui tingkap belakang rumah kedai dua tingkat itu sebelum ternampak dua beradik terbabit dalam keadaan lemah di dalam tandas rumah mereka yang terletak di tingkat atas.

kredit : hmetro.com.my

Info Gallery - Bukan macam ni caranya nak mengajar anak-anak.

Hotel ais jadi tumpuan di Romania

SEBUAH bilik tidur yang terdapat di dalam Hotel Balea Lac di Romania kelmarin.
SEBUAH bilik tidur yang terdapat
di dalam Hotel Balea Lac di Romania kelmarin.

BUCHAREST, Romania - Sebuah hotel yang diperbuat daripada ais di kawasan pergunungan Fagaras menjadi tumpuan orang ramai dan para pengunjung.

Hotel Balea Lac itu cuba menawarkan 10 bilik yang mempunyai katil besar dengan suhu di antara -2 dan + 2 darjah Celsius pada harga AS$45.73 (RM145.19) setiap orang.

Para pelancong juga boleh makan di restoran dalam hotel itu.

Hotel itu dibina pada setiap tahun supaya ruang dalaman tidak kelihatan sama setiap kali musim sejuk.

Pekerja-pekerja tempatan memotong lapisan ais di kawasan pergunungan itu untuk digunakan bagi membina dinding hotel ais tersebut.

kredit : kosmo.com.my

Info Gallery - Unik!

Lelaki rugi RM40,000 dirompak 4 penyamun

Lelaki rugi RM40,000 dirompak 4 penyamun
gambar hiasan

AMPANG: Seorang lelaki kerugian hampir RM40,000 apabila wang tunai dan kereta miliknya dilarikan empat penyamun dalam kejadian di sebuah stesen minyak di Taman Maju Jaya, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 pagi, mangsa yang berusia 29 tahun singgah di stesen minyak berkenaan untuk mengeluarkan wang di mesin ATM disediakan.

Menurut sumber, sebaik selesai mengambil wang dan sedang berjalan ke kereta Perodua Myvi miliknya tiba-tiba datang dua kereta menghalangnya.

“Mangsa yang terkejut cuba melarikan diri namun gagal apabila empat lelaki berusia 20-an sudah mengepungnya sebelum mangsa dibelasah.

“Suspek kemudian merampas wang milik mangsa sebelum seorang daripada mereka melarikan keretanya,” katanya.

Sumber berkata, mangsa yang cedera di badan dan lebam di tangan membuat laporan di Balai Polis Pandan Indah.

“Polis yang menerima maklumat berhubung kejadian itu bertindak mengesan suspek dan berjaya menemui semula kereta mangsa kira-kira jam 9.30 malam yang ditinggalkan di tepi jalan.

“Bagaimanapun, semua suspek tiada dan usaha sedang dijalankan bagi mengesan mereka,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan cedera ketika menyamun.

kredit : hmetro.com.my

Info Gallery - Hati-hati ketika keluarkan duit terutamanya dalam jumlah yang besar.

Video pemuda Malaysia sentuh perasaan selebriti AS

TIMOTHY TIAH (kanan) dan Audrey Ooi.
TIMOTHY TIAH (kanan) dan Audrey Ooi.

KUALA LUMPUR, Malaysia - Satu klip video yang menunjukkan seorang rakyat Malaysia, Timothy Tiah melamar teman wanitanya telah memenangi hati ramai selebriti Amerika Syarikat (AS) termasuk hos rancangan pertandingan nyanyian American Idol, Ryan Seacrest dan penyanyi Christina Perri.

Seacrest memuji klip video berkenaan sebagai menyentuh perasaan manakala Perri, 27, yang popular dengan lagu Jar of Hearts mengaku ia membuatkan dia menangis.

"Saya menangis dan tersenyum pada masa yang sama!" kata Perri dalam komen di akaun Twitter miliknya.

Perri menyatakan bahawa dia menganggap lagunya, A Thousand Years yang digunakan dalam klip video berkenaan sebagai satu penghormatan buat dirinya.

Pujian dua selebriti itu membantu klip video berkenaan ditonton hampir empat juta kali dalam tempoh seminggu klip video itu dimuatkan di laman sosial termasuk YouTube sekali gus menjadikan Tiah dan kini tunangnya, Audrey Ooi, 26, sebagai contoh kepada pasangan kekasih di seluruh dunia.

Memiliki kerjaya sebagai usahawan Internet, Tiah yang berusia 27 tahun berkata, dia sebelum ini tidak berminat untuk berkahwin selepas banyak mendengar kisah keruntuhan rumah tangga rakan-rakannya.

"Namun, saya menyedari tiada gadis lain yang menawan hati saya seperti yang dilakukan Ooi. Tidak ada gadis lain yang saya pernah terfikir dalam pertimbangan untuk dikahwini," kata Tiah kelmarin.

Klip video berkenaan memainkan lagu balad popular Perri, A Thousand Years dan dirakam oleh sebuah syarikat pengurusan perkahwinan.

Video itu menunjukkan Tiah membuat kejutan semasa Ooi makan malam bersama dengan rakan-rakan di sebuah restoran Itali di Kuala Lumpur pada 30 November lalu.

Ia menunjukkan Tiah dengan gementar berjalan memasuki pintu berkaca restoran itu dam melambaikan tangan untuk mendapatkan perhatian Ooi di restoran.

Ooi kelihatan bingung semasa Tiah yang tersenyum memegang beberapa poster yang mengandungi mesej dan kini menjadi popular di online.

Salah satu poster itu menyatakan: "Jika anda sukakannya, kenapa anda tidak menyarungkan sebentuk cincin."

Sebelum poster itu ditunjukkan, Tiah menunjukkan Ooi sekeping gambar watak animasi Puss in Boots dengan mata seperti merayu dengan ayat: "Sudikah anda berkahwin dengan saya."

Klip video lima minit itu berakhir dengan Tiah melutut dan menawarkan Ooi sebentuk cincin dan bunga.

Ooi sebak dan menawarkan lamaran itu.

Mereka berkenalan selama tiga tahun selepas bertemu pada majlis ulang tahun kelahiran Ooi.

Pemilik-pemilik laman blog mula menyiarkan klip video berkenaan selepas Seacrest menghebahkannya di Facebook dan Twitter pada 23 Disember lalu.

kredit : kosmo.com.my

Info Gallery - Malaysia Boleh? =D

29 Disember 2011

Tandas dihiasi berlian RM400 ribu

Tandas dihiasi berlian RM400 ribu
Tandas berlian

Syarikat pembuat mangkuk tandas, INAX dari Jepun bekerjasama dengan tukang emas dari Austria mencipta satu mangkuk tandas yang dihiasi dengan berlian.

Usaha itu dibuat bagi menggalakkan lebih ramai pengunjung datang ke pusat beli belah mewah, Ginza yang mengalami kemerosotan pelanggan akibat ekonomi yang suram dan bencana tsunami yang melanda Mac lalu.

"Dalam kepercayaan tradisi masyarakat kami, usaha ini juga dibuat untuk menyeru 'tuhan tandas'," kata Kazuo Sumimiya, pengarah bilik pameran syarikat Lixil, salah satu entiti di bawah INAX.

"Di Jepun, kami percaya wujudnya 'tuhan tandas'. Itulah sebabnya menjaga tandas supaya sentiasa bersih telah menjadi sebahagian adat kami sejak lama dahulu," tambahnya lagi.

"Jika kita untuk menjual, ia mungkin akan bernilai kira-kira 10 juta yen (kira-kira RM400ribu)."

Tandas tersebut akan dipamerkan sehingga akhir Disember ini.

Info Gallery - Masyarakat Jepun sangat menitikberatkan penjagaan kebersihan tandas.

Laluan Chong Wei berliku

Lee Chong Wei
Lee Chong Wei

KEDUDUKAN Datuk Lee Chong Wei selaku pemain nombor satu dunia, bakal tercabar pada perlawanan pembukaan 2012 di Kejohanan Maybank Terbuka Malaysia pada 10 hingga 15 Januari depan.

Dibayangi kehadiran musuh baru, Chen Long, Chong Wei perlu mengelak tewas kepada pemain itu sebelum melangkah ke peringkat akhir kejohanan selepas tewas di tangan jaguh muda China itu dalam tempoh kurang sebulan pada aksi Siri Super Masters Akhir, minggu lalu.

Dalam undian yang dikeluarkan Selasa, Chong Wei memulakan kempen kejohanan yang menawarkan hadiah bernilai AS$400,000 (RM1.26 juta) itu dengan menentang pemain dari pusingan kelayakan, sebelum dijangka berdepan Przemyslaw Wacha dari Poland di pusingan kedua.

Jika ke suku akhir, tiga lawan yang dijangka menanti, diketuai pilihan kelapan, Nguyen Tien Minh (Vietnam), bekas juara Olimpik dan dunia, Taufik Hidayat (Indonesia) serta bekas juara remaja dunia, Wang Zhengming dari China.

Selaku juara tujuh kali keseluruhan, Chong Wei membawa harapan tinggi penyokong negara untuk mengelak tewas awal di hadapan penyokong sendiri.

Meskipun tidak menganggap pemain China itu sebagai masalah utamanya, Chong Wei tetap perlu berwaspada dan segera bangkit.

Sementara itu, pemain perseorangan wanita negara perlu melepasi halangan pusingan kelayakan selepas tiada seorang pun wakil yang layak beraksi terus di pusingan pertama.

Bagi pasangan Koo Kien Keat-Tan Boon Heong, laluan mereka bukan semudah disangka. Dijangka menanti mereka di pusingan separuh akhir adalah beregu Korea Selatan Ko Sung Hyun-Yoo Yeon Seong. Mengikut rekod, Kien Keat-Boon Heong belum pernah menang ke atas pasangan ini sepanjang enam pertemuan.

kredit : sinarharian.com.my

Info Gallery - Selamat berjuang LCW!

ASN, ASB : Beri perbezaan fatwa kebangsaan, negeri

ASN, ASB : Beri perbezaan fatwa kebangsaan, negeri
KUALA LUMPUR - Kerajaan diminta memberi penjelasan mengenai perbezaan fatwa di peringkat kebangsaan dan negeri berhubung pelaburan dalam Amanah Saham Nasional (ASN) dan Amanah Saham Bumiputera (ASB).

Ahli Parlimen Kota Raja, Dr. Siti Mariah Mahmud berkata, ini kerana Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali 2/2011 yang bersidang pada 12 April lalu memutuskan bahawa Pelaburan ASN dan ASB dan seumpamanya adalah tidak halal kerana ia masih belum menepati hukum syarak.

Namun Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-80 yang bersidang pada 1 hingga 3 Februari 2008 memutuskan ianya adalah harus.

“Sebahagian besar daripada pelaburan ASN dan ASB adalah di dalam faktor kewangan konvensional yang membabitkan keuntungan berasaskan riba dan pasaran wang. Apakah fatwa di peringkat Persekutuan berlainan daripada fatwa negeri Selangor? Hadis Rasulullah SAW bermaksud, “Tidak bercampur antara halal dan haram melainkan mengalahkan yang haram atas yang halal.,” katanya ketika membahaskan belanjawan 2012 di dewan Rakyat kelmarin.

Siti Mariah yang juga Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat turut menggesa kerajaan menghapuskan sistem riba dengan tidak mengenakan faedah ke atas pinjaman yang dibuat namun cukup sekadar mengenakan yuran kepada rakyat.

“Sudah sampai masanya kerajaan tidak lagi terlibat dengan unsur riba. Semua pinjaman kerajaan perlulah diberi secara tanpa faedah. Kerajaan tidak boleh mengambil keuntungan daripada rakyatnya sendiri.Walau bagaimanapun yuran pengurusan yang berpatutan adalah wajar,” katanya.

Katanya, bagi merealisasikan negara tanpa riba, kerajaan harus membuat perancangan berperingkat untuk tidak lagi terlibat dengan riba seperti yang dicadangkan Pakatan Rakyat.

Pakatan Rakyat katanya pernah meminta Menteri Kewangan mengasingkan pendapatan haram dan halal.

“Ahli Parlimen di sebelah sini termasuk daripada DAP sendiri sudah beberapa kali meminta Menteri Kewangan untuk mengasingkan pendapatan dari sumber haram daripada yang halal. Cukai arak, cukai judi, cukai perniagaan khinzir dan lain-lain yang sewaktu dengannya yang faedah diperolehi daripada pinjaman daripada kakitangan kerajaan perlu diasingkan dan digunakan untuk perkara-perkara yang dibolehkan oleh syarak,” katanya.

Selain itu katanya, kerajaan juga harus memastikan syaraikat berkaitan kerajaan (GLC) mengamalkan pematuhan syariah dalam semua perkhidmatan dan perniagaan.

kredit : harakahdaily.net

Info Gallery - Perlukan penjelasan dari pihak berkenaan.

Suspek kes samun, bakar rumah diberkas

TUN HISAN (kiri) menunjukkan pedang hiasan yang dirampas daripada empat lelaki pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Shah Alam semalam.
TUN HISAN (kiri) menunjukkan pedang
hiasan yang dirampas daripada empat lelaki pada
sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Shah Alam semalam.

SHAH ALAM – Polis menahan 21 lelaki berhubung kejadian samun dan bakar di sekitar Kajang sejak beberapa bulan lalu sehingga mencetuskan kebimbangan dalam kalangan penduduk di daerah tersebut.

Kesemua suspek ditahan secara berasingan selepas polis menerima 13 laporan mengenai kejadian samun dan bakar di kawasan Kajang, Semenyih dan Beranang sejak 28 Mei lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, pada Isnin lalu, pihaknya menahan empat lelaki berusia 16 hingga 34 tahun dipercayai terlibat dalam kes sama.

“Dalam tangkapan pertama pada pukul 10 pagi, kita memberkas dua remaja lelaki berusia 16 dan 18 manakala dua lagi suspek ditahan pada pukul 12 tengah hari dan 4 petang.

“Bersama suspek-suspek, kita merampas beberapa barangan termasuk senjata iaitu pedang hiasan, kamera dan jam tangan,” kata beliau pada sidang akhbar di sini semalam.

Menurut Tun Hisan, polis sedang mencari saki-baki anggota kumpulan itu yang masih bebas.

kredit : kosmo.com.my

Info Gallery - Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua.

Empat lari bertempiaran rumah terbakar

Rumah mangsa yang dijilat api semalam.
Rumah mangsa yang dijilat api semalam.

BESUT - Empat bersaudara bertempiaran lari menyelamatkan diri apabila sebuah rumah yang mereka diami terbakar dalam kejadian ketika hari hujan di Kampung Lak Lok Dalam dekat Alor Selising, Jertih, di sini semalam.

Mangsa, Siti Hasmah Taji Mohamad, 25, berkata, kejadian jam 7.30 pagi semalam itu berlaku ketika dia bersama seorang anak saudara dan dua sepupunya sedang tidur di dalam dua bilik berasingan di dalam rumah terbabit.

Menurutnya, dia terhidu bau hangit seperti sesuatu terbakar di bahagian dapur rumah dan selepas diperiksa mendapati penjuru dapur yang menempatkan ruang yang ditutup dengan almari telah terbakar.

“Sebaik menyedari kejadian itu saya terus mengejutkan anak saudara saya, Aqil Qayyim Ramadan Azwan, 4, dan dua sepupu Syazaliani Shamsuddin, 15 serta Mohd Said Ismail, 21, yang sedang tidur untuk menyelamatkan diri.

“Kami keluar sehelai sepinggang tanpa sempat menyelamatkan harta benda termasuk dokumen penting,” katanya.

Siti Hasmah berkata, ketika kejadian dua sepupunya tidur di rumah berkenaan untuk menemaninya kerana ibunya, Siti Mariam Ab Fatah, 55, tidak ada di rumah kerana melawat saudara yang sakit di Bachok, Kelantan.

Menurutnya, kebakaran itu menyebabkan sebuah motosikal milik bapanya yang bekerja di Kuala Lumpur musnah, termasuk beberapa set pelamin milik kakaknya untuk disewakan.

Siti Mariam berkata, dia redha dengan kejadian itu walaupun rumahnya musnah, kerana yang paling penting nyawa anak, cucu dan anak saudaranya yang berada di dalam rumah itu selamat.

Dia menganggarkan kerugian yang dialami melebihi RM100,000.

Sementara itu menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jertih, Zuzuki Safei, pihaknya menerima panggilan pada jam 7.39 pagi lalu menghantar tujuh anggota bersama sebuah jentera ke tempat kejadian.

Kata beliau, api berjaya dikawal sepenuhnya kira-kira 10 minit selepas bomba tiba di tempat kejadian dan 90 peratus rumah kayu itu musnah.

“Punca kebakaran dan jumlah sebenar kerugian masih dalam siasatan,” katanya.

Dalam pada itu pelbagai pihak tampil menghulurkan bantuan antaranya sumba­ngan­ Ahli Parlimen Besut dan Adun Jertih melalui wakilnya.

kredit : sinarharian.com.my

Info Gallery - Takziah.

Bapa Lari Bersembunyi Setelah Melihat Anaknya 3 Tahun Dirogol

Mangsa yang berusia 3 tahun.
Mangsa yang berusia 3 tahun.

Tindakan seorang lelaki yang melarikan diri dengan bersembunyi di dalam bilik air selepas melihat anak perempuannya yang berusia tiga tahun, terbaring dalam keadaan tidak bermaya akibat dirogol, mendapat kecaman banyak pihak.

Malah tindakan pengecut Bao Zhuang, 22, itu juga telah menyebabkan perogol yang dikenali sebagai Tang, berjaya melarikan diri.

Ketika kejadian pada pukul 12 tengah hari itu, Bao Zhuang sedang mencari anaknya, Xiao Qi, yang hilang daripada asrama pekerja pembinaan.

Selepas mencari di merata tempat, dia akhirnya menemui Xiao Qi terbaring di atas katil di dalam sebuah bilik dalam keadaan berbogel dan tidak bermaya.

Manakala perogol tersebut pula ketika itu sedang memakai baju, namun tangannya dipenuhi darah.

Takut dengan keadaan fizikal Tang yang kuat, Zhuang kemudian melarikan diri dengan bersembunyi di dalam bilik air sebelum menghubungi pihak polis.

Keadaan ini memberi masa kepada Tang, yang juga pekerja kontrak di situ, melarikan diri melalui tingkap.

Sementara itu, Xiao Qi terpaksa menerima 10 jahitan akibat dipukul manakala kemaluannya pula terkoyak.

Namun budak perempuan itu bernasib baik kerana dia berjaya diselamatkan dan keadaannya kini berada dalam keadaan stabil.

Pihak berkuasa kini giat menjalankan operasi bagi mengesan Tang.

kredit : carigold.com

Info Gallery - Bapa tidak boleh diharap?

Saya akan kembali ke England: Mourinho

Saya akan kembali ke England: Mourinho
Jose Mourinho

PENGURUS Real Madrid, Jose Mourinho berkata beliau mahu kembali ke kancah bola sepak England dalam masa beberapa tahun lagi apabila kontraknya bersama kelab gergasi Sepanyol itu tamat.

Bekas pengurus Chelsea itu juga pernah dikaitkan dengan Manchester United dimana terdapat ura-ura mengatakan beliau akan mengambil alih tempat Alex Ferguson apabila Ferguson bersara.

"Saya amat gembira bersama Real Madrid. Ia adalah pengalaman yang menarik. Saya juga percaya bahawa Real adalah kelab terbesar di dalam sejarah bola sepak.

"Saya tidak mahu melepaskan peluang untuk berkhidmat di sini tetapi England adalah tempat kegemaran saya. Langkah saya seterusnya adalah untuk kembali ke sana dan jika berpeluang saya mahu berada di sana untuk jangka masa yang panjang. Saya mahu kelab yang bagus," katanya kepada BBC Radio Four.

Anak kelahiran Portugal itu telah menandatangani kontrak selama empat tahun di Real Madrid pada musim panas 2010. Setakat ini beliau telah membawa Real ke tangga teratas La Liga dengan kelebihan tiga mata mendahului Barcelona sebelum cuti musim sejuk.

Info Gallery - Mungkin kembali ke Chelsea?

Peniaga warung tanggung hutang RM600,000

FARIDAH menunjukkan salinan laporan polis dan notis amaran syarikat Court Malaysia Sdn. Bhd. membabitkan hutang tertunggak lebih RM15,000 di Pasir Puteh semalam.
FARIDAH menunjukkan salinan laporan polis dan notis amaran
syarikat Court Malaysia Sdn. Bhd. membabitkan hutang tertunggak
lebih RM15,000 di Pasir Puteh semalam.

PASIR PUTEH - Seorang peniaga warung makan yang berpendapatan hanya sekitar RM1,500 sebulan kini terpaksa menanggung hutang berjumlah lebih RM600,000 ekoran maklumat peribadinya didakwa telah disalahgunakan oleh pihak ketiga.

Faridah Muhamad, 45, dari Kampung Padang Pak Amat di sini mendakwa, hutang tersebut membabitkan pinjaman yang dibuat pihak terbabit dari sebuah syarikat barangan kelengkapan rumah dan enam institusi kewangan tempatan.

Dakwanya, dia tidak menolak kemungkinan kegiatan tersebut turut melibatkan kakitangan institusi kewangan terbabit kerana meluluskan pinjaman tanpa sebarang dokumen perjanjian yang ditandatangani beliau.

"Bebanan hutang itu mula terbongkar apabila permohonan saya untuk mendapatkan pinjaman mikro perniagaan daripada sebuah bank di Pasir Puteh gagal disebabkan hutang bagi pembelian enam buah kereta melibatkan enam buah bank perdagangan tempatan.

"Bank berkenaan menunjukkan senarai nama beberapa buah bank yang menyenarai namanya sebagai pemiutang tegar, namun, sehingga kini saya belum menerima sebarang surat notis yang berkaitan kecuali surat dari syarikat guaman yang mewakili Court Malaysia Sdn. Bhd.

"Surat berdaftar syarikat guaman itu bertarikh 21 November 2011 memberi notis amaran meminta saya melunaskan hutang tertunggak sebanyak RM15,204.02 dalam kadar segera sebelum tindakan mahkamah diambil," katanya ketika ditemui semalam.

Faridah memberitahu, notis amaran itu diperolehinya ketika pulang ke rumah ibunya di Manek Urai, Kuala Krai pada 23 Disember lalu dan ekoran itu dia membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPPD) Pasir Puteh kelmarin selepas mendakwa menjadi mangsa penipuan.

kredit : kosmo.com.my

Info Gallery - Sering kali kes penyalahgunaan maklumat diri berlaku. Sebagai pengajaran, jangan sesekali mendedahkan maklumat diri yang terlalu peribadi. Takut-takut disalahgunakan.

Bandar Hello Kitty dibuka tahun depan

Bandar Hello Kitty dibuka tahun depan

KUALA LUMPUR - Pusat Hiburan Keluarga (FEC) yang bakal menjadi taman tema tertutup empat tingkat terletak di Puteri Harbour, Johor dijangka dibuka pada akhir 2012.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Themed Attractions and Resorts Sdn. Bhd., Tunku Datuk Ahmad Burhanuddin berkata, pembinaan bangunan itu sudah 80 peratus siap.

Menurut beliau, taman tema tertutup itu bakal menjadi 'kediaman' pertama Hello Kitty di selatan Asia. Syarikat itu juga akan menampilkan karakter My Melody dan Little Twin Stars.

Bandar Hello Kitty itu turut menawarkan semua barangan Hello Kitty daripada pedagang-pedagang, persembahan pentas, nyanyian dan lagu termasuk jamuan teh Hello Kitty.

Selain Bandar Hello Kitty, FEC juga akan menampilkan karakter kanak-kanak di bawah The Little Big Club yang mempamerkan Thomas and FriendsTM, Barney the Friendly DinosaurTM, Bob the BuilderTM, Pingu the PenguinTM dan Angelina BallerinaTM.

Menurutnya, FEC turut bercadang memperkenalkan sentuhan Malaysia dengan membuka Dunia Lat, kartunis tempatan dengan mempamerkan elemen karakter kartun Kampung Boy.

Ia termasuk menampilkan rekaan set kampung seperti dalam babak kartun popular itu.

kredit : utusan.com.my

Info Gallery - Hiburan untuk anak-anak kecil.

Ahli politik ditangkap khalwat

Ahli politik ditangkap khalwat

KANGAR - Tindakan seorang ahli politik duduk bergelap dalam kereta bersama isteri orang, mengundang padah, apabila gelagat mereka disedari sekumpulan ahli Skim Rondaan Sukarela (SRS) yang kemudian memanggil imam kampung, sebelum pasangan itu ditahan kerana disyaki berkhalwat.

Kejadian berlaku pada jam 1.26 pagi berdekatan resort di Sungai Batu Pahat, di sini, 24 Disember lalu.

Menurut sumber daripada Jabatan Agama Islam Negeri Perlis (Jaips), ahli politik berusia 35 tahun dan sudah berkeluarga, ditahan bersama pasangannya berusia 30 tahun dalam kereta Proton Wira, berhampiran semak-samun.

Menurutnya, kelibat pasangan itu pada awalnya disedari sekumpulan ahli SRS Kampung Sungai Baru, Sungai Batu Pahat sebelum imam kampung dipanggil untuk menyoal siasat pasangan berkenaan.

“Mereka kemudian ditahan selepas gagal menunjukkan dokumen sebagai bukti hubungan mahram atau suami isteri sebelum diserahkan kepada Jaips untuk tindakan selanjutnya.

“Laporan ke atas kedua-dua pasangan itu turut dibuat di Balai Polis Kangar sebelum dijamin oleh keluarga masing-masing,” katanya di pejabat Jaips di sini, semalam.

Menurut sumber itu lagi, ahli politik berkenaan dan pasangannya hadir ke pejabat Jaips semalam, untuk memberikan keterangan selama sejam.

“Keterangan tertuduh mula diambil oleh pegawai Jaips pada 9.45 pagi dan berakhir 10.45 pagi, dimulakan dengan tertuduh lelaki diikuti dengan pasangannya.

“Buat masa ini, Jaips memutuskan 18 Januari 2012 sebagai tarikh permohonan agar kes ini dibawa ke Mahkamah Tinggi Syariah Kangar, memandangkan kami masih menunggu keterangan saksi yang menahan pasangan itu termasuk imam masjid,” katanya.

Jurucakap itu berkata, pasangan berkenaan ditahan dan didakwa bawah Seksyen 9(1)(2), Enakmen Jenayah Dalam Syarak Perlis, 1991 yang boleh dikenakan denda tidak melebihi RM5,000 atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

kredit : sinarharian.com.my

Info Gallery - Siapa ahli politik ini? Kenapa tidak disiarkan namanya?

Tarian tiang unsur seks

Tarian tiang unsur seks
Gambar rakaman menunjukkan
beberapa aksi menjolok mata di sebuah kelab malam.

AMPANG JAYA - Siapa sangka sebuah kelab malam yang terletak di pinggir ibu kota menyajikan 'hidangan' yang menjolok mata apabila penari wanita tempatan dan asing yang berbikini bergabung tenaga demi menarik perhatian lelaki miang berkunjung ke situ saban malam.

Wanita-wanita tempatan dan Siam itu hanya memakai coli serta seluar dalam sebelum mempamerkan aksi-aksi yang dapat mencairkan lelaki.

Tempat beraksi pula sangat strategik kerana pemilik kelab menyediakan pentas dan tiang setinggi kira-kira tiga meter untuk membolehkan penari melakukan aksi panas yang akan mendapat sorakan pengunjung.

Lagi kuat sorakan, lagi ghairah si penari melakukan aksi-aksi menjolok mata hingga salah seorang daripada kira-kira 10 penari yang terlibat dipakaikan mahkota.

Bukan itu sahaja, penari yang mabuk dibuai alunan muzik rancak dan alkohol itu akan memanjat tiang berkenaan dengan aksi liuk-lentok untuk menggoda pengunjung memberikan mereka kalungan bunga.

Mereka yang memperoleh kalungan bunga kemudian akan melayan pelanggan yang sudi menghadiahkan mereka kalungan tersebut.

Kalungan bunga itu kemudian akan dihantar semula ke kaunter bayaran untuk dijual kembali kepada pelanggan yang berminat dengan aksi gadis-gadis berusia lingkungan 20 dan 30-an tersebut pada babak seterusnya.

Bagaimanapun, untuk mengurangkan perhatian pihak berkuasa, pemilik kelab bijak mengaturkan rancangan dengan menselang-selikan persembahan ala pat-pong di Thailand tersebut dengan persembahan live band.

Walaupun persembahan muzik itu agak membosankan buat pengunjung tetapi ia memberi ruang kepada penari melayan pelanggan dan mengumpul tenaga untuk aksi seterusnya.

kredit : kosmo.com.my

Info Gallery - Menyeru bala ke ni?

Lapangan terbang tertinggi di dunia

LAKARAN artis mengenai projek lapangan terbang tertinggi di dunia yang akan dibina di negeri Naggu, China pada tahun depan.
LAKARAN artis mengenai projek lapangan terbang tertinggi
di dunia yang akan dibina di negeri Naggu, China pada tahun depan.

BEIJING - China akan memulakan pembinaan lapangan terbang tertinggi di dunia bermula tahun depan di negeri Naggu.

Agensi berita Xinhua melaporkan, lapangan terbang itu akan dibina 100 meter lebih tinggi daripada rekod yang dipegang oleh sebuah lagi lapangan terbang di wilayah Qamdo.

Katanya, lapangan terbang Naggu akan dibina pada altitud 4,436 meter di atas paras laut, tinggi sedikit berbanding lapangan terbang Qamdo yang mempunyai ketinggian 4,334 meter.

Tambahnya, projek mega itu akan menelan kos sebanyak 1.8 bilion yuan (RM888 bilion) dan dijangka siap dalam tempoh tiga tahun.

China mula melaksanakan projek-projek bernilai berbilion-bilion dolar sejak beberapa tahun kebelakangan ini untuk mengubah suai lapangan terbang lama serta membina yang baru, terutamanya di bahagian barat negara ini, sebagai cara untuk meningkatkan ekonomi.

Kerajaan China juga melaburkan berbilion-bilion dolar di Tibet, dengan harapan dapat memenangi hati penduduk di wilayah tersebut.

Pihak kerajaan berkata, pembinaan lapangan terbang baru dan landasan kereta api ke Tibet akan membuka ruang pembangunan serta membantu meningkatkan taraf hidup penduduk di wilayah itu.

Namun, aktivis Tibet berkata, pembinaan projek-projek mega itu akan mempercepatkan lagi migrasi rakyat China ke wilayah terbabit, sekali gus menggugat budaya Buddha penduduk Tibet.

kredit : utusan.com.my

Info Gallery - Semestinya sedikit sebanyak pembangunan akan menggugat budaya rakyat setempat.

50 anggota kastam kena tindakan

50 anggota kastam kena tindakan
TUMPAT - Lebih 50 anggota Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) telah dikenakan tindakan tataterib atas pelbagai kesalahan termasuk rasuah sepanjang tahun ini, kata Penolong Ketua Pengarah Penguatkuasaan Kastam, Datuk Zainul Abidin Taib.

Menurutnya, tindakan tatatertib tersebut termasuklah buang kerja dan ia menunjukkan JKDM tidak berkompromi dengan mana-mana anggota atau pegawai yang melanggar disiplin sehingga menjejaskan nama baik jabatan.

Beliau berkata, bagi mengatasi masalah itu pihak jabatan telah mengenal pasti tiga program iaitu 'Hot Spot', 'Hot Staff' dan 'Hot Job'.

"Sebagai contoh jika kawasan tersebut dikatakan 'Hot Spot' kita akan kaji dan tukarkan pegawai atau anggota tersebut dalam tempoh setahun begitu juga dengan 'Hot Staff' untuk mereka yang 'nakal'"

"'Hot Job' pula untuk mana-mana pegawai yang bertugas di bahagian pentaksir dan terlalu kerap menggunakan budi bicara kita akan tukarkan mereka ke bahagian lain," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Khidmat Bakti Masyarakat Kempen Mencegah Penyeludupan di Dewan Bunga Raya, Pantai Sri Tujuh, dekat sini hari ini.

Terdahulu, beliau menyampaikan sumbangan beras kepada wakil-wakil penduduk di kawasan Tumpat untuk diagih-agihkan.

Sementara itu, mengulas mengenai program tersebut, Zainul Abidin memberitahu, ia untuk memberikan kesedaran kepada masyarakat setempat supaya tampil membantu jabatan itu membanteras aktiviti penyeludupan.

"Kita tahu Tumpat bersempadan dengan Thailand dan menjadi tumpuan aktiviti penyeludupan sejak bertahun-tahun. Ini merupakan salah satu pendekatan yang digunakan untuk merapatkan pihak kastam dengan masyarakat.

"Program ini akan diteruskan ke kawasan-kawasan lain bagi meningkatkan kesedaran kepada masyrakat supaya memberikan kerjasama dalam membanteras aktiviti penyeludupan ini," ujarnya.

kredit : utusan.com.my

Info Gallery - Hapuskan rasuah!

Bandar lengang kerana keganasan dadah

GAMBAR yang dirakamkan pada 21 Disember lalu menunjukkan kereta diletakkan di sebuah rumah di bandar Ciudad Juarez yang lengang.
GAMBAR yang dirakamkan pada 21 Disember lalu menunjukkan
kereta diletakkan di sebuah rumah di bandar Ciudad Juarez yang lengang.

CIUDAD JUAREZ, Mexico - Ribuan penduduk telah meninggalkan bandar ini ekoran kejadian keganasan dadah yang kerap berlaku.

Dalam tempoh empat tahun, lebih 10,000 kejadian pembunuhan telah berlaku di bandar ini.

Bandar itu turut dikenali sebagai ibu kota jenayah Mexico yang terletak di sempadan Texas, Amerika Syarikat.

Ia kerap menjadi pertempuran melibatkan kumpulan-kumpulan pengedar dadah.

kredit : kosmo.com.my

Info Gallery - Dadah bukan hanya mengancam kesihatan tetapi turut membawa kepada pembunuhan. Jauhi dadah.

Remaja maut digilis treler

Keadaan mangsa selepas terjatuh dari motosikalnya akibat angin yang kuat dari treler.
Keadaan mangsa selepas terjatuh dari motosikalnya akibat angin kuat dari treler.

BUKIT MERAH – Cubaan memotong motosikal lain di garisan kecemasan gagal, apabila motosikal dipandu seorang remaja, di sini, bergesel dengan sebuah treler di Kilometer 190.2 arah utara, Lebuh Raya Utara Selatan berhampiran Tol Bukit Merah/Alor Pongsu, 8.40 malam semalam.

Mangsa, Ahmad Akmal Ahmad Fauzi, 21, maut di tempat kejadian akibat gagal mengawal motosikal sebelum di gilis sebuah treler dari arah sama.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mat Fauzi Nayan berkata, kejadian berlaku apabila mangsa dikatakan cuba memotong sebuah motosikal lain yang ketika itu dipandu seorang lelaki India bersama seorang pembonceng di lorong kecemasan.

Menurutnya, bagaimanapun cubaan mangsa gagal menyebabkan mangsa bergesel dengan treler sebelum terjatuh dan di gilis tayar treler terbabit.

“Mangsa dipercayai tidak dapat mengawal motosikalnya kerana angin daripada treler yang kuat.

“Mangsa mati di tempat kejadian setelah mengalami pendarahan dalaman,” katanya.

Katanya, mayat mangsa dituntut oleh datuknya, Adnan Basarudin, 60, dan di bawa pulang ke kampung halaman di Kuala Sepetang, Taiping untuk dikebumikan.

Ahmad Akmal sudah kematian bapanya dan tinggal bersama datuknya sejak beberapa tahun lalu di Kuala Sepetang, Taiping.

Bagaimanapun, penunggang dan pembonceng motosikal itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

Sementara itu, pemandu treler, Ahmad Sharani, 26, berkata, sebelum kejadian, dia melihat daripada cermin sisi sebelah kiri, sebuah motosikal dipandu seorang lelaki India di lorong kecemasan sebelum dipotong oleh mangsa yang meluru laju ke hadapan.

“Saya risau juga tengok gelagat mangsa yang tidak mempedulikan treler saya dengan memotong agak rapat.

“Saya khuatir dia bergesel dengan badan treler, selalunya angin daripada treler yang kuat boleh menarik sesiapa sahaja jika jarak terlalu dekat,” katanya.

Ahmad berkata, kebimbangannya menjadi kenyataan apabila dia terlihat mangsa terjatuh dan tergilis pada tayar belakang treler.
“Saya terus memberhentikan kenderaan, nasib baik kontena ini tiada muatan jadi mudah untuk berhentikan.

“Mangsa mungkin terbabas disebabkan terlalu rapat dengan treler dan angin daripada treler menariknya sebelum terjatuh,” katanya.

Katanya, dia mengucapkan takziah kepada ahli keluarga disebabkan kejadian yang tidak di sangka-sangka itu.

kredit : sinarharian.com.my

Info Gallery - Takziah. Pandu cermat, insyaAllah selamat.

Rel kereta api di tengah-tengah desa

SEORANG wanita menyembur air di kawasan rumahnya dekat landasan kereta api di Desa Kham Thien, Hanoi kelmarin.
SEORANG wanita menyembur air di kawasan rumahnya
dekat landasan kereta api di Desa Kham Thien, Hanoi kelmarin.

HANOI - Sebuah desa di sini dianggap antara yang paling berbahaya buat para penghuninya kerana ia terletak amat dekat dengan landasan kereta api.

Ia dikenali sebagai Kham Thien.

Bangunan kediaman terletak di kiri dan kanan landasan kereta api sepanjang 200 meter.

Penduduk enggan meninggalkan bangunan yang terletak di tepi landasan itu walaupun terdapat banyak nahas dan kematian pada setiap tahun.

Mereka masih tinggal di desa itu walaupun pihak berkuasa telah memberikan amaran mengenai kematian dan nahas kereta api.

kredit : kosmo.com.my

Info Gallery - Bahaya tapi masih ramai yang mahu tinggal berdekatan.

PKR tolak calon ‘katak’ bertanding PRU13

PKR tolak calon ‘katak’ bertanding PRU13
Datuk Wan Salleh Wan Isa

ALOR SETAR - PKR Kedah akan memastikan calon pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) tidak lagi dibarisi calon ‘katak’, berdasarkan pe­ngalaman lalu yang me­nyak­sikan empat wakil rakyatnya yang menang pada PRU12 lompat parti.

Pengerusinya, Datuk Wan Salleh Wan Isa berkata, calon pada PRU13 diyakini lebih berkaliber dan berkarisma berbanding 2008, di mana calon ketika itu agak terhad.

“Kali ini ramai yang tawar diri bertanding, tidak ada pula yang tawar diri berundur. Disebabkan calon layak agak ramai, tapisan terperinci sedang dibuat. Saya percaya calon PRU13 kelak tidak lagi mudah dipancing seperti calon lalu,” katanya.

Menurutnya, kesemua wakil rakyat PKR sudah diberi garis panduan dan kursus kepimpinan untuk mengelak mereka goyah dan termakan pujuk raya pihak yang ingin mengumpan mereka.

Empat wakil rakyat PKR Kedah yang menang pada PRU12 lalu, yang kini wakil rakyat bebas ialah Ahli Parli­men Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Noordin; Ahli Parli­men Padang Serai, N Gobala­krishnan; Adun Lunas, Mohd Radzhi Salleh dan Adun Bakar Arang, Tan Wei Shu.

Ditanya sama ada wakil rakyat sedia ada digugurkan, Wan Salleh berkata, keenam-enam wakil rakyat PKR, di mana mewakili tiga kawasan Parlimen dan Dun kekal bertanding pada PRU13.

“Setakat ini, enam wakil rakyat itu tersenarai dalam senarai pendek calon PRU13. Mereka turut bersedia sekira­nya tidak dicalonkan semula kerana keputusan akan diputuskan oleh pucuk pimpinan Pusat,” katanya.

Tiga wakil rakyat Dun terbabit ialah Lim Soo Nee (Kulim), S Manikumar (Bukit Selambau) dan Tan Chow Kang (Sidam), manakala Parli­men membabitkan Johari Ab­dul (Sungai Petani), Datuk Rashid Din (Merbok) dan Ah­mad Kassim (Kuala Kedah).

Wan Salleh turut mengu­mumkan PKR Kedah akan mengadakan simulasi pilihan raya selepas Konvensyen Paka­tan Rakyat (PR) berlangsung pada 14 Januari depan.

“Walaupun pilihan raya olok-olok tetapi kita gunakan fakta terkini dari Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Selain memberi pendedahan kepada jentera pilihan raya yang baru dilantik selepas PRU12, ia adalah untuk memperkemas jentera parti,” katanya.

Menurutnya, hanya peti undi terpilih akan terbabit dalam pilihan raya itu.

“Sebuah jawatankuasa khas dilantik mengendalikan simulasi ini, mereka akan teliti peti undi mana yang ada keperluan dibuat pilihan raya olok-olok ini,” katanya.

kredit : sinarharian.com.my

Info Gallery - PRU ke-13 semakin hampir. Kepada yang belum emndaftar sebagai pemilih, daftarlah segera untuk membuat pilihan tepat demi masa depan negara. Undi anda adalah rahsia!

Mayat Kim Jong-il diarak

GAMBAR menunjukkan keranda Kim Jong-il diletakkan di atas bumbung sebuah kereta limousin di sebatang jalan raya di Pyongyang semalam.
GAMBAR menunjukkan keranda Kim Jong-il diletakkan di atas
bumbung sebuah kereta limousin di sebatang jalan raya di Pyongyang semalam.

PYONGYANG - Stesen televisyen Korea Utara semalam menyiarkan majlis perarakan jenazah bekas pemimpin negara itu, Kim Jong-il.

Imej itu menunjukkan puluhan ribu askar menundukkan kepala di sebuah kawasan bersalji di luar Istana Memorial Kumsusan di sini.

Sebuah kereta limousin yang membawa potret Jong-il mengetuai perarakan mayat.

Kereta tersebut bergerak perlahan dari Istana Memorial Kumsusan.

Anak bongsu Jong-il dan penggantinya, Kim Jon-un yang berusia lewat 20-an dan beberapa pegawai tentera serta awam berjalan di tepi kereta itu.

Kereta itu membawa keranda di atas bumbung.

Jong-un memakai pakaian berwarna hitam tanpa sarung tangan dalam cuaca sejuk.

Antara pegawai kanan yang mengiringi jenazah itu ialah Jang Song-thaek yang merupakan bapa saudara Jong-un.

Song-thaek yang juga Naib Pengerusi Suruhanjaya Pertahanan Kebangsaan dijangka memainkan peranan penting bagi membantu Jong-un memimpin negara.

Jong-un kini digelar sebagai pemimpin tertinggi parti komunis, negara dan tentera.

Jong-il memerintah ekoran kematian bapanya pada 1994.

Beliau mati akibat serangan penyakit jantung pada 17 Disember semasa berusia 69 tahun.

kredit : kosmo.com.my

Info Gallery - Yang hidup pasti akan mati.

28 Disember 2011

1,055 buah kereta Honda dimusnahkan

SEJUMLAH kereta Honda yang rosak akibat banjir menunggu untuk dimusnahkan di sebuah loji kereta syarikat tersebut di wilayah Ayutthaya, tengah Thailand semalam.
SEJUMLAH kereta Honda yang rosak akibat
banjir menunggu untuk dimusnahkan di sebuah loji kereta
syarikat tersebut di wilayah Ayutthaya, tengah Thailand semalam.

BANGKOK - Pembuat kereta No.1 Jepun, Honda mula memusnahkan sebanyak 1,055 buah kereta buatannya di Thailand semalam.

Tindakan itu dilakukan bagi meyakinkan para pelanggan bahawa tiada kenderaan yang rosak akibat banjir di negara berkenaan dijual kepada mereka.

Honda dalam satu kenyataan memberitahu, proses memusnahkan semua kenderaan di kilang Honda di tengah wilayah Ayutthaya itu dijangka mengambil masa selama sebulan.

Kilang Honda terletak di Taman Industri Rojanam yang merupakan kawasan yang ditenggelami air pada awal Oktober lalu.

Bencana berkenaan menyebabkan pengeluaran kilang tersebut terpaksa dihentikan manakala gambar-gambar dari udara menunjukkan ratusan buah kereta Honda digenangi air berselut.

"Walaupun kami dapat memindahkan banyak kereta baharu ke kawasan selamat, sejumlah kereta yang ada di kilang ini rosak akibat banjir," kata Timbalan Presiden Eksekutif Honda Automobile Thailand, Pitak Pruittisarikorn.

"Kami tidak menjual kereta yang rosak ini kepada pelanggan, menjual atau mengguna semula sebarang bahagian kenderaan tersebut," tambahnya.

Kebanyakan kereta yang akan dimusnahkan merupakan model kereta sedan saiz pertengahan seperti Honda City, Honda Brio dan Honda Jazz.

Lebih 700 orang terkorban dalam banjir yang menjejaskan 65 daripada 77 wilayah yang terletak di kawasan rendah di Thailand sejak beberapa bulan lalu.

Banjir tersebut turut menyebabkan tujuh taman industri utama terpaksa ditutup sekali gus mengganggu rangkaian bekalan global.

kredit : kosmo.com.my

Info Gallery - Tindakan yang terpaksa dilakukan.

Berasmara di bilik mandi masjid

Berasmara di bilik mandi masjid
KOTA BHARU – Hasrat sepasang kekasih untuk melampiaskan gelora nafsu serakah mereka di dalam bilik mandi sebuah masjid di sini kelmarin tidak kesampaian apabila dicekup oleh penduduk kampung.

Perbuatan terkutuk pasangan belasan tahun tersebut untuk memadu asmara berjaya dikesan oleh jemaah sebuah masjid di Kampung Pasir Tumboh, dekat sini setelah menyedari terdapat motosikal diletakkan di pekarangan kawasan tersebut.

Seorang penduduk yang dikenali dengan panggilan Pok Cik Ya berusia 60-an memberi­tahu, kira-kira jam 4.20 petang dia melihat terdapat seorang remaja perempuan yang ber­baju kurung memasuki bilik mandi bersebelahan dengan tandas wanita.

Menurutnya, sejurus itu terdapat seorang lelaki memasuki bilik sama dan dia terus memaklumkan kepada jemaah masjid yang bersiap sedia untuk mengerjakan solat Asar berhubung kelakuan mencurigakan itu.

“Selepas beberapa minit berada di dalam bilik mandi, sekumpulan jemaah bertindak mengetuk pintu tetapi pasangan terbabit enggan membukanya.

“Beberapa minit kemudian pasangan terbabit membuka pintu tersebut dan remaja lelaki tadi keluar lalu melarikan diri, dengan meninggalkan teman wanitanya yang kemudiannya menyusul keluar dengan berpakaian lengkap,” katanya ketika ditemui di masjid tersebut semalam.

Bagaimanapun katanya, lelaki terbabit yang cuba melarikan diri dari masjid itu berjaya ditahan semula oleh penduduk kampung kira-kira 200 meter dari masjid tersebut.

”Dengan kerjasama penduduk kampung dan jemaah masjid berkenaan, kita menahan pasangan terbabit dan pada masa sama kita menghubungi keluarga masing-masing untuk tindakan lanjut,” katanya.

Dia berkata, sejurus kemudian, keluarga pasangan terbabit datang ke tempat kejadian untuk berbincang sebelum membawa pulang ke rumah masing-masing.

Katanya, pasangan terbabit dipercayai bukan penduduk di kawasan berkenaan tetapi perbuatan keji itu mengejut jemaah masjid dan penduduk kampung apabila terserempak mereka melakukan perbuatan maksiat di dalam bilik mandi yang terletak di dalam kawasan masjid.

Menurutnya, kelakuan pasangan terbabit telah mengaibkan orang Islam kerana menggunakan kawasan masjid melakukan maksiat dan remaja sekarang sudah tidak mempunyai perasaan malu serta takut untuk melakukan perbuatan terkutuk di masjid.

Katanya, sepanjang tinggal di kampung ini, tidak pernah berlaku kejadian seperti ini dan penduduk terkejut apabila ia dilakukan penduduk bukan tempatan.

kredit : sinarharian.com.my

Info Gallery - Beginilah perilaku sebahagian anak muda kita. Bersama selamatkan generasi muda kita!

27 Disember 2011

Bina tembok atasi pelajar ponteng

Tembok sedang dalam pembinaan untuk mengelakkan pelajar ponteng.
Tembok sedang dalam pembinaan untuk mengelakkan pelajar ponteng.

RAWANG - Pembinaan tembok Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Rawang dilihat mampu mengurangkan kes ponteng sekolah dalam kalangan pelajarnya.

Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Mohd Shaufi Shafie berkata, peruntukan sebanyak RM20,000 bagi membina tembok itu dikeluarkan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Gombak dan kerja pembaikan mula dilakukan hujung bulan lalu.

Menurutnya, langkah segera PPD itu dilihat perlu untuk mengelak berlakunya pencerobohan pihak tidak bertanggungjawab ke sekolah kerana lokasinya berhampiran­ kawasan perumahan.

“Tembok sedia ada runtuh dua bulan yang lalu, dengan inisiatif PPD ini, kita sambut baik kerana dapat mencegah pencerobohan orang luar dalam kawasan sekolah dan risiko kepada kehilangan barangan berharga seperti komputer.

“Tembok ini juga mampu dijadikan pengadang menge­lak berlakunya tanah runtuh memandangkan kawasan sekolah adalah sedikit rendah berbanding kawasan perumahan,” katanya kepada Sinar Harian.

Mohd Shaufi berkata, untuk mengelak kejadian tidak diingini termasuk runtuhan tanah, dia meminta Majlis Perbandaran Selayang (MPS) menyegerakan proses pembaikan pagar di kawasan perumahan berkenaan.

“Terdapat dua tembok yang memisahkan sekolah dan kawasan perumahan, masing-masing tanggungjawab PPD dan MPS.

“Tembok sekolah sudah diambil tindakan oleh PPD, tetapi pagar kawasan perumahan masih belum dibaiki menimbulkan kerisauan kerana memberi kesan kepada keselamatan sekolah memandangkan kawasannya lebih rendah dari kawasan perumahan,” katanya.

Terdahulu, Sinar Harian melaporkan masalah ponteng pelajar sekolah berkenaan dikaitkan dengan masalah pengawasan, keruntuhan tembok pengadang di kawasan belakang sekolah itu dijadikan salah satu punca berlakunya kes berkenaan.

Kerosakan itu memudahkan pelajar keluar masuk pada sesi persekolahan untuk melepak di kawasan perumahan berhampiran hingga menimbulkan aduan penduduk sekitar.

kredit : sinarharian.com.my

Info Gallery - Satu cara yang dapat mengelakkan pelajar ponteng.

Ditangkap leka curi besi jeriji

Suspek yang berjaya ditangkap ahli PPKM.
Suspek yang berjaya ditangkap oleh ahli PPKM.

KULIM - Seorang lelaki berusia 20-an yang bersenjatakan parang ditahan oleh ahli Pertubuhan Prihatin Kebaktian Masyarakat Kulim (PPKM) kerana mencuri besi jeriji di sebuah rumah tinggal di Jalan Bukit Awi kira-kira jam 10.30 pagi, semalam.

Pengerusi Rukun Tetangga Bukit Awi, Zul Bakri Shuib ketika ditemui di tempat kejadian berkata, hasil maklumat orang ramai, beliau kemudiannya segera menghubungi PPKM dan terus ke lokasi berkenaan dan mendapati suspek yang bersenjatakan parang sedang leka mencuri besi jeriji di rumah terlibat.

“Beberapa minit kemudian saya nampak suspek keluar dari rumah berkenaan.

“Sejurus selepas itu ahli PPKM pun sampai. Suspek yang menyedari kehadiran PPKM bertindak melarikan diri menyeberangi jalan di hadapan Kulim Inn. Bagaimanapun dia berjaya ditahan,” katanya.

Pengerusi PPKM, Khor Eng Khim berkata, sehingga kini lebih 10 suspek terlibat atas kesalahan yang sama berjaya ditahan.

“Suspek dibawa ke Balai Polis Kulim untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, suspek akan disiasat dibawah seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri.

kredit : sinarharian.com.my

Info Gallery - Kes curi besi ni biasanya dikaitkan dengan penagih dadah. Jauhi dadah!

Polis Berhadapan Tindakan Kerana Memanggang Kucing

Polis Berhadapan Tindakan Kerana Memanggang Kucing
SEPULUH orang pegawai polis dari Dongguan di wilayah selatan China Guangdong telah dikritik kerana memanggang seekor kucing di hadapan biro keselamatan awam di bandar ini.

Orang ramai yang lalu disitu memberitahu akhbar harian tempatan Metropolis bahawa mereka melihat asap dari kalangan pegawai-pegawai polis yang duduk secara berkumpulan di jalan dan terkejut melihat mereka memanggang kucing pada tempat pemanggang barbeque yang diubahsuai.

Apabila wartawan mendekati pegawai-pegawai itu, salah seorang daripada mereka berkata mereka cuba untuk mencabut bulu kucing itu sebelum memasak.

Sebahagian daripada pegawai-pegawai itu meninggalkan tempat itu untuk mengelak daripada bercakap dengan wartawan.

Orang yang lalu lalang disitu menyatakan bahawa mereka marah dengan kejadian itu kerana merasakan ia merosakkan imej pegawai polis tempatan.

Biro keselamatan awam memberitahu wartawan bahawa mereka belum dapat memastikan sama ada mereka yang terlibat adalah pegawai polis yang sebenar, tetapi akan menghukum mereka yang bertanggungjawab didapati merupakan anggota keselamatan.

sumber asal : wantchinatimes.com

Info Gallery - Tidak berperikemanusiaan!

Katak Terbesar Di Dunia

Katak Terbesar Di Dunia
Goliath Frog, katak terbesar dunia

Pernahkah anda melihat katak sebesar seekor kucing? Berasal dari Sungai Benito, Cameroon, Goliath Frog diiktiraf sebagai katak terbesar di dunia. Berat katak ni boleh mencapai kira-kira 3.3 kg dan panjangnya pula sehingga 33cm. Kanak-kanak di Afrika sudah biasa dengan katak ini dan mungkin juga dijadikan binatang kesayangan dan peliharaan.

Katak Terbesar Di Dunia
Kanak-kanak ini sudah biasa dengan Goliath Frog

Katak Terbesar Di Dunia
Saiz katak yang boleh menyamai seekor kucing


Info Gallery - Jadi haiwan peliharaan lak.. =D

Tersepit bawah lori tangki

Mangsa yang tersepit diselamatkan oleh anggota bomba.
Mangsa yang tersepit diselamatkan oleh anggota bomba.

LEMAL – Dua remaja bertarung nyawa apabila motosikal ditunggang bertembung lori tangki berdekatan sebuah stesen minyak lalu tersepit antara motosikal dengan tayar lori berkenaan, jam 8.45 malam, kelmarin.

Pegawai Kanan Bomba II (PBK), Che Kadir Che Ya berkata, mangsa yang terlibat adalah Zulkifli Johari, 26, dan rakannya Mohd Irwan Che Hamid, 20.

Beliau berkata, kedua-dua mangsa menunggang motosikal dari Pasir Mas menghala ke Bulatan Lemal ketika kejadian dan pihaknya menerima panggilan pada jam 8.49 malam serta bergegas ke tempat kejadian dengan kekuatan lima anggota.

“Kita berjaya mengeluarkan mangsa dalam masa lima minit dan kedua-dua mangsa dihantar ke hospital bagi mendapatkan rawatan,” katanya.

Bagaimanapun katanya, pemandu lori berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Sementara itu, mangsa Zulkifli berkata, dia menunggang motosikal bersama rakannya ketika dalam perjalanan pulang ke To Uban.

Menurutnya, mereka tidak menyedari lori tangki berkenaan keluar dari sebuah stesen minyak kerana faktor jalan gelap.

“Saya mengalami kesakitan di bahagian pinggang kerana pernah terlibat dalam kemalangan di Kota Tinggi, Johor September lalu,” katanya ketika ditemui di Hospital Pasir Mas, kelmarin. Seorang lagi mangsa, Irwan mengalami luka di bahagian lulut dan tangan kiri, dibenarkan pulang pada hari yang sama.

kredit : sinarharian.com.my

Info Gallery - Syukur tiada kehilangan nyawa. Hati-hati ketika memandu.

2 banglo disamun, bakar

MUSNAH...satu daripada dua banglo yang dibakar pencuri.
MUSNAH...satu daripada dua banglo yang dibakar pencuri.

KAJANG: Samun dan bakar. Itulah tindakan kejam kumpulan penyamun yang memecah masuk dan mencuri barangan berharga sebelum membakar dua banglo di Bandar Rinching, Semenyih di sini, dipercayai bagi menghapuskan bukti dalam kejadian awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 2.30 pagi itu, kumpulan terbabit tidak menghiraukan kehadiran anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat yang berusaha memadam kebakaran di rumah pertama, sebaliknya mereka terus membakar rumah kedua yang kedudukannya hanya bersebelahan.

Difahamkan, akibat perbuatan itu jumlah kerugian membabitkan kedua-dua banglo berkenaan dianggarkan mencecah RM1 juta namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan berikutan tiada penghuni ketika insiden berlaku.

Sumber polis berkata, kumpulan terbabit dipercayai menggunakan pemotong besi untuk memotong mangga bagi memecah masuk ke rumah pertama.

“Selepas mencuri barangan berharga di rumah pertama, kumpulan terbabit kemudian membakar rumah itu dan meninggalkannya.

“Kumpulan terbabit kemudian memecah masuk rumah kedua yang terletak bersebelahan dengan rumah pertama dipercayai menggunakan kaedah sama,” katanya.

Menurutnya, pasukan bomba dan penyelamat yang menerima laporan mengenai kejadian itu segera bergegas ke lokasi kejadian sebelum usaha memadamkan kebakaran itu dilakukan.

“Ketika bertungkus-lumus memadamkan kebakaran di rumah pertama, anggota bomba ternampak rumah kedua turut dijilat api,” katanya yang menyatakan anggota bomba mula mengesyaki punca kebakaran itu bukannya disebabkan masalah teknikal sebaliknya kegiatan jenayah.

Pihak berkuasa yang dimaklumkan mengenai kejadian itu bergegas ke lokasi kejadian manakala anggota bomba kemudian bertindak memadamkan kebakaran di rumah kedua itu.

Sumber berkata, selepas meninggalkan rumah kedua, kumpulan itu dilaporkan cuba memecah masuk ke rumah ketiga yang terletak selang tujuh rumah dari lokasi pertama dan kedua.

“Bagaimanapun, usaha mereka gagal apabila sistem penggera rumah berkenaan berbunyi menyebabkan kumpulan terbabit segera melarikan diri,” katanya.

Katanya, pihak berkuasa sedang menyiasat kemungkinan kumpulan sama melakukan perbuatan itu kerana modus operandi dilakukan dalam insiden berkenaan hampir sama dengan kejadian sebelum ini.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang, Superintendan Azman Ayob ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kebakaran itu.

“Sehingga kini kami (polis) masih menunggu laporan daripada pihak forensik dan bomba mengenai nilai kerugian serta punca sebenar kebakaran itu,” katanya.

kredit: hmetro.com.my

Info Gallery : Kejam! Nasib baik tiada yang mati dalam kebakaran tu.

Lentuk atas paha teman lelaki

Antara pasangan yang disiasat JAIPP.
Antara pasangan yang disiasat JAIPP.

GEORGETOWN - Seorang remaja perempuan menggunakan alasan sakit kepala ketika dicekup penguat kuasa Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (JAIPP).

Dia dicekup akibat berkelakuan tidak sopan di tempat awam dengan baring di atas paha teman lelakinya.

“Kami tidak buat apa-apa ustaz, saya hanya baring di pahanya kerana sakit kepala,” katanya memberi alasan ketika ditanya penguat kuasa.

Kedua-duanya yang berusia lingkungan 20-an itu dicekup ketika bermesra-mesraan di sebuah hentian rehat di negeri ini.

Ketika menjalankan pemeriksaan, mendapati kereta pasangan berkenaan diletakkan di bahagian bahu jalan dengan keadaan yang agak gelap walaupun terdapat lampu beberapa meter dari kawasan itu.

Agak lama juga kenderaan JAIPP berada bersebelahan dengan kereta itu bagi memerhatikan gelagat pasangan muda berkenaan.

Lebih teruk apabila sebuah lagi kereta yang dimiliki sepasang kekasih lain berada di hadapan kereta pasangan yang dicekup JAIPP itu masih tidak berganjak walaupun terlihat anggota penguat kuasa membuat pemeriksaan.

Lelaki yang ditahan JAIPP itu turut memberikan alasan duduk di tempat yang cerah bukannya gelap gelita.

Namun, penguat kuasa memberitahu ia tetap satu kesalahan kerana berkelakuan tidak sopan di tempat awam mengikut Seksyen 29 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Pulau Pinang.

Jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan denda RM1,000 atau penjara enam bulan atau kedua-duanya sekali.

Kedua-dua remaja itu turut diarahkan keluar dari kenderaan mereka bagi membuat pemeriksaan.

Hairannya setelah ditanya kali kedua, si gadis menafikan pula dia sakit kepala sehingga ditegur penguat kuasa kerana memberikan kenyataan berbeza.

Si lelaki yang bekerja sebagai pemandu lori berkata, dia sudah bertunang dengan teman wanitanya itu.

“Saya sudah bertunang dan sedang merancang untuk berkahwin,” katanya.

Namun, Ketua Operasi dan Penguat kuasa JAIPP, Khairul Azman Azizan menasihatkan supaya kedua-duanya segera melangsungkan pernikahan bagi mengelakkan sebarang perkara maksiat.

“Jika sekarang sudah bertunang, cepat-cepatlah melangsungkan perkara yang wajib bagi mengelak maksiat,” katanya.

kredit: sinarharian.com.my

Info Gallery : Maksiat! Maksiat! Maksiat! Sampai bila mahu jadi begini? Sama-samalah kita awasi anak-anak muda kita.

Budak perempuan parah dibaham anjing bapa

NGERI...Luna yang mencederakan Jorja (gambar kecil).
NGERI...Luna yang mencederakan Jorja (gambar kecil).

LONDON: Seorang budak perempuan berusia empat tahun cedera parah selepas diserang anjing peliharaan bapanya, semalam.

Jorja Caze-Ramscar dilaporkan diterkam dan diheret anjing Alaska - dinamakan sebagai Luna - dari kerusi secara tiba-tiba.

Ibu Jorja, Karine, 36, berkata mereka bersiap-siap untuk makan malam apabila budak terbabit diterkam Luna yang sebelum itu duduk di sebelah mangsa.

“Luna mengheret Jorja ke lantai dan membaham mukanya dengan mulut yang besar,” katanya.

Akibat serangan itu, Jorja menerima 20 jahitan di mukanya, selain perlu mendapatkan rawatan pakar mata.

Luna, 15 bulan, dipelihara bapa Jorja, Clive Ramscar, 42, yang menetap di Dunstable, Bedfordshire.

kredit: hmetro.com.my

Info Gallery : Anjing makan tuan. Jangan disangka haiwan peliharaan tidak mampu mengancam kita.

Mayat di celah pokok bunga

ANGGOTA polis memeriksa mayat seorang lelaki yang ditemui di atas pembahagi jalan di Pandan Indah, Ampang Jaya semalam.
ANGGOTA polis memeriksa mayat seorang lelaki yang ditemui
di atas pembahagi jalan di Pandan Indah, Ampang Jaya semalam.

AMPANG JAYA – Belum pasti punca kematiannya, mayat seorang lelaki dengan kesan seretan di belakang badan ditemui terbaring di atas pembahagian jalan yang dipenuhi pokok bunga kertas di Jalan Pandan Indah berhampiran jejambat menghala ke Lebuh Raya Lingkaran Tengah II (MRR2) di sini semalam.

Mayat lelaki yang belum dikenal pasti itu ditemui lengkap berpakaian oleh orang awam pada pukul 9.55 pagi yang kemudian memaklumkannya kepada polis.

Polis yang memeriksa mayat tersebut mendapati mangsa yang dipercayai warga tempatan cedera di dahi dan kaki selain paha kanannya patah.

Difahamkan, mayat yang terlindung di sebalik pokok hiasan itu dipercayai ditinggalkan di kawasan tersebut sejak awal pagi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Supritendan Md. Nazri Zawawi berkata, pihaknya tidak menemui sebarang dokumen pengenalan diri pada mangsa.

kredit: kosmo.com.my

Info Gallery : Kes bunuh lagi?

Pameran kereta James Bond

BEBERAPA model kereta yang digunakan dalam filem James Bond yang terbabit dalam pameran di Muzium Kenderaan Negara United Kingdom.
BEBERAPA model kereta yang digunakan
dalam filem James Bond yang terbabit dalam
pameran di Muzium Kenderaan Negara United Kingdom.

LONDON - Muzium Kenderaan Negara United Kingdom di Beaulieu bakal mengadakan pameran kereta yang digunakan dalam filem-filem James Bond untuk kali keempat pada 17 Januari ini.

Pameran kali ini dilaporkan yang terbesar seumpamanya di dunia dan akan menampilkan 50 model kenderaan daripada filem francais popular itu.

Antara kereta yang akan dipamerkan ialah model-model yang sebelum ini tidak pernah ditayangkan kepada umum iaitu Ford Mustang Mach 1 daripada filem Diamonds Are Forever dan Rolls Royce Silver Shadow II daripada filem The World Is Not Enough.

Turut dipamerkan ialah kereta Rolls Royce 1962 yang ditolak ke dalam tasik oleh May Day dan Zorin dalam filem James Bond, A View to a Kill.

Beberapa alat pengangkutan lain seperti payung terjun Union Jack yang digunakan oleh Gustav Graves dalam filem James Bond, Die Another Day turut akan dipamerkan.

Pesawat prototaip berdasarkan 'jumbo jet' Boeing 747-200, Skyfleet S570 yang digunakan dalam Casino Royale pula bakal menjadi barangan paling mengkagumkan pada pameran itu.

Pameran tersebut akan berlangsung sehingga Disember 2012.

kredit: utusan.com.my

Info Gallery : Filem James Bond antara yang sering mendapat sambutan walaupun banyak sekuel dihasilkan.

Keretapi Paling Laju - 500km/j

Kereta api laju generasi baru China ini mampu mencapai kelajuan 500 kilometer sejam.
Kereta api laju generasi baru China ini
mampu mencapai kelajuan 500 kilometer sejam.

KERETA api laju generasi baru siri CRH buatan China yang mampu mencapai kelajuan 500 kilometer sejam menjalani ujian pertamanya di Qingdao, wilayah Shandong pada hujung minggu lalu.

Ia bakal menjadi kereta api paling laju di dunia.

Kereta api buatan syarikat CSR Corp. Ltd. itu mempunyai bentuk kepala menyerupai pedang purba China dan gerabaknya diperbuat daripada bahan plastik yang diperkuatkan dengan fiber karbon.

Ia mempunyai kuasa tarikan maksimum 22,800 kilowatt berbanding model CRH380 yang mempunyai kuasa tarikan 9,600 kilowatt. Pada masa ini kereta api berkelajuan tinggi CRH380 yang digunakan untuk laluan Beijing-Shanghai memegang rekod sebagai kereta paling laju di dunia dengan kelajuan 300 kilometer sejam.

kredit: utusan.com.my

Info Gallery : Malaysia tak perlu keretapi laju. Malaysia perlukan keretapi yang boleh tepati masa. =D

Pemberontak Libya jadi tentera

Antara penentang Gaddafi yang akan ditawarkan untuk menganggotai pasukan tentera Libya.
Antara penentang Gaddafi yang akan ditawarkan
untuk menganggotai pasukan tentera Libya.

TRIPOLI - Ribuan pemberontak Libya yang membantu menggulingkan bekas pemimpin negara itu, Muammar Gaddafi akan diserap ke dalam pasukan keselamatan negara bermula bulan depan, menurut Menteri Pertahanan Libya, Osama Al-Juwali.

Pengumuman yang dibuat, kelmarin, itu bakal menguji keupayaan kerajaan sementara Libya untuk memaksa puluhan pemimpin pemberontak menyerahkan kuasa dan melepaskan anggota kumpulan mereka kepada pimpinan kerajaan.

“Kami ingin pejuang revolusi Libya turut serta menjadi sebahagian daripada pasukan keselamatan negara. Penglibatan pejuang yang selama ini diketepikan Gaddafi dapat memberi nafas baru kepada angkatan tentera Libya,” katanya.

Selain itu, kumpulan pemberontak di Libya turut ditawarkan menyertai Kementerian Dalam Negeri yang masih kekurangan pekerja dan digalakkan memohon pekerjaan awam di pejabat kerajaan.

Majlis Peralihan Kebangsaan Libya memberikan pemberontak tarikh akhir, minggu ini, untuk meletak senjata dan keluar dari ibu negara Tripoli.

Namun beberapa kumpulan pemberontak masih mengawal bandar raya itu dengan mengawasi lokasi penting serta mendirikan pos kawalan di seluruh bandar.

Ketiadaan pasukan polis dan tentera yang stabil memberikan kebebasan kepada puak-puak pemberontak di Libya untuk melancarkan perang bagi merebut kuasa sesama sendiri selepas pemerintahan selama 42 tahun Gaddafi berjaya ditamatkan, Ogos lalu.

kredit: sinarharian.com.my

Info Gallery : Semoga Libya kembali stabil.
 

© 2010 - 2011 | Created by Info Gallery - Stories of The Worlds
Memaparkan pelbagai informasi terkini daripada sumber rencana terpilih dari dalam dan luar negara.
Kosmo Online | mStar Online | Utusan Malaysia Online | Berita Harian Online | myMetro
This work by Info Gallery is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 Unported License.