08 September 2010

Pelangi Muncul Dari Belakang Jet



Gambar yang dirakamkan Bernardo Malfitano menunjukkan pelangi di ekor jet F-22.

SEATTLE - Sekeping gambar yang dirakamkan seorang jurugambar, Bernardo Malfitano memaparkan pelangi muncul dari sebuah jet tentera F-22 yang sedang terbang.

Dia yang sering melawat 20 pameran udara di seluruh dunia berkata, gambar unik itu dirakamkan pada Pesta Udara Miramar di San Diego, California pada 2008 hasil proses biasan semula jadi sinaran matahari.

Gambar aksi dramatik itu mula dipertontonkan kepada orang ramai yang mengunjungi Muzium Semangat Penerbangan di sana dan ia berjaya memenangi tempat kedua untuk pertandingan fotografi tahunan penerbangan..
 

© 2010 - 2011 | Created by Info Gallery - Stories of The Worlds
Memaparkan pelbagai informasi terkini daripada sumber rencana terpilih dari dalam dan luar negara.
Kosmo Online | mStar Online | Utusan Malaysia Online | Berita Harian Online | myMetro
This work by Info Gallery is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 Unported License.