08 September 2010

Gadis Bakal Juruterbang Rentung



Pasukan penyiasat memeriksa bangkai pesawat ringan yang terhempas di Ladang Seri Pulai, Kulaijaya.

KULAIJAYA – Impian Dione Wong Yong Chin, 19, untuk menjadi juruterbang profesional terkubur akhirnya apabila dia terbunuh selepas pesawat No. 9 MHKI Liberty yang dinaikinya semasa ujian latihan penerbangan terhempas di Ladang Seri Pulai di sini pukul 9.20 pagi semalam.

Yong Chin yang merupakan jurulatih juruterbang dari KL International Flying Academy Sdn. Bhd., Senai ditemui dalam keadaan rentung setelah pesawat ringan dua tempat duduk itu terbakar sejurus terhempas.

Ketua Polis Daerah, Supritendan Zulkefly Yahya berkata, seorang lagi mangsa, Kapten Zaini Ramli, 38, dari Jabatan Penerbangan Awam yang melakukan ujian penerbangan Practice Pilot Licence bagaimanapun terselamat apabila berjaya merangkak keluar daripada pesawat..
 

© 2010 - 2011 | Created by Info Gallery - Stories of The Worlds
Memaparkan pelbagai informasi terkini daripada sumber rencana terpilih dari dalam dan luar negara.
Kosmo Online | mStar Online | Utusan Malaysia Online | Berita Harian Online | myMetro
This work by Info Gallery is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 Unported License.